Saturday, 3 September 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN | Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia !

MISI KEMANUSIAAN SOMALIA

 

Hari ni masuk hari ke-7 misi bantuan kemanusiaan ke somalia.
 Akibat perang sesama sendiri kerana kerakusan kuasa politik telah 
mengakibatkan rakyat Somalia menjadi pelarian dan merempat dibumi sendiri. 

Kelaparan menghantaui mereka saban hari sehinggakan ramai yang mati akibat kebuluran ini.
Rombongan Pasukan sukarelawan Malaysia seramai 45 orang telah  
berangkat ke Somalia bagi menghulurkan bantuan perubatan dan juga makanan 
buat rakyat Somalia yang dilanda kebuluran. 

Namun, malang tak berbau.
niat suci yg digalas oleh sukarelawan telah diuji apabila
Jurukamera BernamaTV maut akibat terkena tembakan peluru 
sesat semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia. Manakala wartawan TV3  
cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru

Al-Fatihah
buat Allahyarham Faizul
(wartawan BernamaTV)



Al Fatihah buat allahyarham.Kepada Allah kita datang, Kepada Allah jua kita pergi.Beliau juga di anggap wira negara serta sanggup mengetepikan seketika urusan keluarga dalam melaksanakan memberi bantuan kepada saudara sesama islam di Somalia.Semoga roh beliau di tempatkan bersama golongan golongan yang sentiasa membantu sesama saudara islam.

Jurukamera TV3
(tercedera)

p/s : mudah2an misi tersebut dapat mengurangkan bebanan yg ditanggung oleh mereka.
Blogger2 pon perlu main peranan dalam hal nie..

Keperihatinan anda sgt dihargai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...