Tuesday, 23 August 2011

NOSTALGIA | IKLAN RAYA AIDILFITRI YASMIN AHMAD



Bila hampir Hari Raya Aidilfitri ,  iklan Hari Raya arahan Yasmin Ahmad pasti ditunggu-tunggu.Iklannya penuh dengan mesej yg tersendiri..


Iklan Raya Petronas 2001 : Ombak Jahat

Sewaktu kita bersenang2, jangan lupa kepada mereka yang 
berada dalam kesusahan.



Iklan Raya Petronas 2002  & 2003 : Janda Beranak 7

 Jangan hampakan hati mak kita yang bersusah payah jaga kita. 




Iklan Raya Petronas 2004 : Pengayuh Beca
Pakcik ni menyimpan kedukaan dan kesedihan dia sendiri, tak mahu orang tahu 
kerinduan yang dia simpan selama ini.
Pengajaran: Pulanglah ke kampung merayakan bersama ibu bapa.



Iklan Raya Petronas 2005 : Sharifah Amani dan Iqram Dinzly

Berbuatlah sesuatu perkara dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan.


Iklan Raya Petronas 2006 : Aku Ingin Pulang

 Bila berdaya disanjung, tapi bila dah tua, dilayan seperti orang lain. 
Seorang ayah/ibu boleh menjaga ramai anak, tapi sepuluh anak, belum tentu boleh jaga
seorang ayah/ibu. 


Iklan Raya Petronas 2007 : Burung Murai
Burung apa tu nak? …….  Burung Murai…
Burung apa tu nak? …….  Burung Murai…
Burung apa tu nak? …….  Burung Murai…
Pengajaran : Masa kecil, kita dilayan dan ditatang bagai minyak yang penuh, 
setiap soalan dijawab tanpa jemu. Tapi bila tiba giliran kita, kenapa kita tak boleh 
jadi seperti mereka? Kenapa mesti cepat marah dan jemu?


Iklan Raya Petronas 2008 : Mak Ok…
Pengajaran : Kadang kita lupa, lebihkan hal lain daripada ibubapa kita tapi mereka sanggup 
mendahulukan kita daripada hal lain.


Iklan Raya Petronas 2009 : Aku Ingin Pulang (reuse)
Iklan tahun 2009 tak salah aku guna balik iklan yang tahun 2006, sebabnya kan tahun 2009 lah Allahyarham Yasmin Ahmad pergi.


Iklan Raya Petronas 2010 : Antara Dua Kampung
Kisah sepasang suami isteri yang dalam krisis nak pulang beraya di kampung suami ataupun isteri. Akhirnya, suami mendapat idea bernas.




IKLAN PETRONAS (RAYA MERDEKA) 2011: TANGAN INI
Credit to CikguDahlia

1 comment:

cik kartun said...

iklan2 nye mmbwa mkna yg mndalam ^_^
sukew sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...