Friday, 12 August 2011

UNIK | KUBAH EMAS TULEN 24 KARAT!!


MASJID Sultan Omar Ali Saifuddien, sebuah masjid diraja Islam yang terletak di Bandar Seri Begawan iaitu ibu kota negara Brunei Darussalam.


Ia antara masjid paling indah di Asia Pasifik dan mercu tanda serta tarikan utama pelancong ke negara Brunei. Bagi masyarakat Brunei masjid berkenaan menjadi lambang serta simbol negara Islam moden.
Seni binanya menampilkan ciri Islam selain turut menggabungkan gaya dan seni bina Mughal, Renaissance dan Itali. Reka bentuk masjid terbabit menggunakan khidmat arkitek dari Itali. 

Ciri yang paling terserlah dan cukup dikenali mengenai masjid itu ialah kubah utama-nya yang diliputi dengan emas tulen 24 karat dengan bahagian kubah itu diliputi 3.3 juta keping emas. Bahagian dalaman masjid itu juga dipenuhi unsur seni bina Islam terutama kaligrafi, bunga, dan geometri. 

p/s : Tak kena curi ke kubah tuu..heeee

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...