Saturday, 5 November 2011

AIDILADHA | Mengajar Erti Pengorbanan!

Salam AidilAdha..
 
Labaikallah humma labaika. Labaikallah syarika laka labaika.
Innalhamda wani’mata. La ka Wamulkalla, syarikala..

Laungan memuji Allah pada setiap kali tibanya musim haji acap kali kita dengar. AidilAdha atau Hari Raya Korban merupakan satu peristiwa yang patut difahami, diamati malah perlu dihayati supaya dapat menyingkap Apakah Maksud AidilAdha..

Adakah AidilAdha Hanya Sekadar Korban binatang? Wang ringgit? Semuanya hanya dari segi material ? Apakah erti pengorbanan yang sebenar pernah anda lakukan?
 Aidiladha bukan sekadar kita seronok diberi cuti..bukan sekadar berpeluang dapat jumpa dgn family,mkn daging berhari-hari..tapi ambillah iktibar dari perjuangan Nabi.. hayatilah pengorbanan Siti Hajar yang redha apabila selalu ditinggalkan suami iaitu Nabi Ibrahim kerana pergi berjuang sehingga anakanda mereka, Nabi Ismail diangkat Allah dengan satu mukjizat terpancarnya Air zamzam ketika baginda menangis kehausan dan menghentakkan kakinya ke bumi. 

Maka terpancutlah air di tanah kering kontang itu.Kita hari ini terus dapat merasai kenikmatan dan keberkatan air zamzam. Pengajaran daripada sejarah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail itu menjadikan kita insan yang banyak bersabar dengan ujian yang menimpa dan bersyukur dengan apa yang Allah tentukan pada kita..

TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN DAN KESABARAN.. Setiap Pengorbanan ada GANJARANNYA..
  
Indah langit kerana awan... 
Indah laut kerana kebiruan.... 
Indah aidilfitri kerana kemaafan... 
Indah aidiladha kerana pengorbanan...  
..Selamat hari raya aidiladha..
 

2 comments:

Nurul Anis said...

salam.. nice entry.. like3x.. :)

nordiyana said...

very cool...hehe
selamat hari raya aidiladha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...