Thursday, 24 March 2011

ADENOVIRUS



Sejak kejadian serangan Adenovirus di Pulapol yang mengakibatkan 2 kematian setakat ini, ramai yang masih tertanya-tanya tentang apa itu Adenovirus. Jadi, saya rasa eloklah saya kongsi sedikit mengenai virus ini.

Apa itu Adenovirus?

Adenovirus adalah kumpulan virus yang boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan sistem respiratori atau pernafasan. Ia juga boleh menyebabkan penyakit pada bahagian perut dan usus (gastroenteritis), mata (conjunctivitis) dan pundi kencing (cystitis). Antara penyakit berkaitan pernafasan yang disebabkan oleh Adenovirus adalah demam, pneumonia, bronkitis, dan croup (penyakit pernafasan bagi kanak-kanak berumur 2-4 tahun). Virus ini sebenarnya telah berjaya diasingkan pada tahun 1950 dalam kultur daripada tisu adenoid (sebab tu nama dia adenovirus).




Bagaimana ia disebarkan?
Adenovirus boleh tersebar atau dijangkiti dengan sentuhan terus, najis (pepejal atau cecair), dan air yang tercemar.

Bagaiman ia dikesan?
Seringkali kita tertanya-tanya bagaimana pihak bertanggungjawab mengesahkan penyakit seseorang itu sememangnya disebabkan oleh sesuatu virus atau bakteria. Salah satu daripada teknik atau alat yang digunakakan adalah kit pengesan (saya pernah terlibat dalam satu kajian untuk menghasilkan kit pengesan leptospirosis). Kit ini dibangunkan berdasarkan pengesanan antigen, PCR atau polymerase chain reaction, pengasingan virus (vius isolation) dan kajian serum.

Jenis-jenis Adenovirus
Sehingga kini, dilaporkan sebanyak 63 strain (atau senang cerita 63 adik beradik) telah ditemui. Juga dipercayai, kes-kes yang menyebabkan kematian adalah disebabkan varian atau strain yang baru (termutasi).
 
Kesimpulannya,
Kita tak tahu dan tak dapat kesan secara mata kasar kehadiran virus ni, tapi jaga kebersihan, kalau makan kat gerai,pilihlah gerai yang bersih ye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...