Thursday, 24 March 2011

Tips Menghadapi Temuduga Guru




Sebelum menghadiri temuduga , calon-calon perlu ketahui bagaimana markah penilaian diberikan dalam sessi temuduga tersebut.

Markah Penilaian

1. Sijil-sijil aktiviti
Penilaian markah diberikan berdasarkan jawatan yang anda sandang semasa di sekolah ataupun di university. Contohnya: Kelab Catur. Pengerusi : 5 markah, Timbalan Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. Ini adalah untuk menilai anda sebagai seorang yang aktif, yang berkepimpinan dan juga bersosial. Semakin aktif anda dalam aktiviti kokurikulum, semakin tinggi markah anda. Jangan lupa bawa sijil yang lengkap semasa sessi temuduga nanti.


2. Kesesuaian kursus perguruan yang dipohon
Lihat sijil anda, dan adakah ianya relevan dengan kursus yang dipohon. Dinasihatkan anda memohon kursus perguruan yang berkaitan dengan sijil anda. Contohnya, anda dalam bidang Perakaunan, tapi anda mohon kursus dalam bidang pendidikan jasmani. Ianya tak bersesuaian! Ramai calon gagal dalam temuduga disebabkan pemilihan kursus yang tidak sesuai ini.
Cara permarkahan:
- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah

Jadi, beringat semasa memohon di lain masa

3. Pengalaman Mengajar
Anda pernah memiliki pengalaman mengajar sebelum hadir temuduga? Jika ada, ianya sangat membantu. Mungkin anda pernah mengajar tuisyen? Mengajar sebagai guru ganti, guru sandaran? Nyatakan pengalaman anda..Pengalaman ini berguna semasa temuduga nanti.

4. Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi sangat penting dalam sessi temuduga. Yela kan, nak jadi cikgu kena la pandai bercakap. Tak pandai, anak murid tidur saja nantiJ Kemahiran berkomunikasi ini sangat diutamakan dalam sessi temuduga yang mana ianya melibatkan kejelasan suara, kefasihan bahasa yang digunakan, kelancaran pertuturan dan sebagainya. Jadi, bercakaplah dengan baik semasa temuduga nanti. Anggap diri anda seperti seorang guru yang sedang mengajar! Iaitu bercakap dengan lancar, jelas, dan mudah difahami. Jangan cakap saja lancar, tapi susah nak faham. Tips: Jangan bercakap dengan dialek negeri seperti dialek Klate, Ganu dll.
Permarkahannya
- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 Markah

Itulah yang calon perlu ketahui sebelum menghadiri temuduga. Dah tahu, ianya membantu.

Pakaian:

Lelaki – berambut pendek dan kemas, bertali leher, kemeja lengan panjang,berseluar slackgelap, bertalipinggang kepala kecil, berstoking dan berkasut kulit/licin gelap (hitam)

Wanita bertudung ataupun rambut diikat rapi, berbaju kurung, berkasut dan berstoking.

NOTA:

Jika anda menghadiri temuduga bagi kursus Pendidikan Jasmani, anda perlu membawa pakaian sukan yang bersesuaian yang menutup aurat dan juga jangan lupa air minum.

Semasa sampai di pusat temuduga, calon perlu mendaftarkan kehadiran mereka pada pegawai yang bertugas. Anda diminta daftarkan kehadiran anda dan juga memberikan dokumen-dokumen yang diminta oleh pegawai bertugas. Jadi, berikannya. Tips saya, datang awal ke pusat temuduga untuk mencari lokasi bilik temuduga dan seterusnya menjadi orang terawal ditemuduga.



Sessi Temuduga
Dalam sessi temuduga individu ini, calon akan dinilai secara individu. Calon akan dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik temuduga. Anda akan berhadapan dengan 2 calon penemuduga yang akan menggasak anda dengan soalan-soalan killer.

Saya tak mahu kongsi panjang dalam sessi temuduga ini, tapi saya ingin kongsikan poin penting dalam sessi temuduga ini. Iaitu…soalan paling famous, paling mudah, tapi paling susah nak dijawab…

“ Mengapa Anda Ingin Menjadi Guru?”

Ya, itulah soalan killer yang ditanya oleh panel penemuduga. Ramai calon gagal dalam sessi ini kerana gagal memberikan jawapan yang sepatutnya. Jawapan sepatutnya untuk menjadi guru adalah dengan menunjukkan anda benar-benar meminati bidang perguruan, dan bukannya kerana terpaksa (susah cari kerja lain ataupun nak kerja mudah). Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda 100% ingin menjadi guru! Minat anda, kesungguhan anda untuk menjadi guru dapat dinilai oleh panel penemuduga dengan melihat mimic muka anda, cara bercakap, cara memberikan pandangan, gerak geri tubuh dan sebagainya. 
Jadi, ingat! Fokus pada soalan KILLER ini dan cuba jawab yang terbaik. Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada diri anda sendiri. Anda tak perlu menghafal mana-mana jawapan. Luahkan suara dalaman anda! Kenapa ingin menjadi guru! Insyallah..


Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa ditemuduga.

  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
  7. Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas guru/majikan anda.
  19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan bidang yang dipohon.
  21. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  22. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

InsyaALLAH anda berjaya!!!::..





3 comments:

brown19 said...

terima kasih di atas info2 itu! sy suka... =)
memberi inspirasi dan semangat!

Unknown said...

Time ksih sgt2 ats nsihat di atas. . D0a kan sy tmuduge mgu dpan.cuak ni..huhu

Unknown said...

Time ksih sgt2 ats nsihat di atas. . D0a kan sy tmuduge mgu dpan.cuak ni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...