Monday, 26 December 2011

SERAM | HANTU KAK LIMAH MENGGANAS LAGI!

sinar harian
Berambut panjang dan menutup kepala dengan kain batik, sebijik macam watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kak Limah Mengganas Lagii...hahahhaha

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

 



Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.

 Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...