Akhir-akhir ini penggiat seni tanah air lebih cenderung dalam menjadikan medium seram sebagai platform utama untuk melariskan cerita dan filem khususnya. Di barat, filem diangkat lebih daripada sekadar hiburan. Ia juga adalah medan bereksperimen terhadap daya kreativiti dan imaginasi, serta turut menjadi medan propaganda terhadap idea tertentu yang mahu diterapkan dalam pemikiran masyarakat. Berbalik kepada filem dan drama tempatan, cabaran besar yang berlaku ialah apabila genre seram yang dihasilkan tanpa usur kajian yang kukuh.
Biar pun filem seram yang berjaya kebelakangan ini didakwa sebagai hasil kajian, ia menampakkan nilai 'superficial' yang lebih bersifat mengutip cerita tanpa analisis. Justeru itu, ia sukar mencapai kualiti sebenar,apatah lagi untuk membawa unsur yang boleh mendidik dan merangsang fikiran penonton.
Jika filem seram dari Barat boleh mendatangkan unsur seram tanpa perlu menunjukkan imej hantu, hanyalah sekadar kelibat atau sebagainya, filem kita berhempas pulas menyolek pelakonnya agar menjadi hantu yang menyeramkan. Hasilnya, bukan seram tetapi kritikan dan tohmahan dilemparkan oleh penonton. Bukan ingin mengkritik filem tempatan secara total, tetapi hanya inginkan perubahan terhadap penyampaian sesuatu filem itu.
Malah untuk mengukuhkan hubungkait agama dengan fenomena mistik, penyiaran filem seram dilonggokkan pada hari Khamis malam Jumaat, dan ditenggelamkan lagi dengan ketahyulan
konotasi bahawa "Malam Jumaat ade Hantu".
Secara jelas disini, filem-filem yang bergenre seram ini tidak sepatutnya disiar dengan meluas dalam industri hiburan tanah air kita. Suka dinyatakan di sini bahawa, filem tahyul ini tidak memberikan faedah kepada masyarakat dan seolah-olah melatih masyarakaat menjadi individu yang PENAKUT!
Industri perfileman sewajarnya mempunyai anjakan paradigma dan bukan sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata. Ini akan memberi satu kesan yang besar kepada pemikiran masyarakat.!
No comments:
Post a Comment