Tuesday, 10 May 2011

Panas: Saman Syarikat AXE Kerana Gagal Pikat Wanita





New Delhi: Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental.

Lelaki tersebut meluahkan kegagalannya untuk memikat gadis,meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun hingga sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Vaibhav Bedi, lelaki india tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan maupun yang belum digunakan,seperti deodorant sprays, perfume sticks dan roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE







Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal.”Dimana Axe Effect-nya”? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun.Sejak kuliah hingga saya bekerja, tidak ada seorang pun gadis yang mahu berdating dengan saya bahkan hanya untuk minum teh atau kopi sahaja.

"Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau perfume, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV."
Vaibhav Bedi mendakwa bahawa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak dia pertama kali membelinya. Dia berpendapat bahawa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk, bererti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu.”






"Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering, dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas. Saya selalu menggunakan penggaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahwa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm."

"Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian.Bahkan saya memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan anak-anak."

Vaibhav Bedi mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepada dia untuk semua penderitaan tersebut.



Vaibhav Bedi



6 comments:

CiK JaCOb'S said...

haha...ada jgk erk macam nie..nasib baik org malaysia xda gini kan.!!

Muhammad Syafiq said...

mgkin ade..tp xla smpai buat camni..heeeee

mira said...

haha,bole plak mcm nie,,'comel' betul org yg saman nie ,HAHA

Anonymous said...

ha3....ade jga orng mcm ni....isk3

i Pakcik Zharul said...

orang hensem dah tapi.... ~\
hahaha

♠Darkz_Flamez™ said...

bongok btoll :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...