Tuesday, 2 August 2011

FACEBOOK Lahirkan Golongan Penting Diri Sendiri !


Pengenalan laman web Facebook dan Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata saintis.

Pendedahan berulang kali kepada laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.
Perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.

Keadaan itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang teruk.

Lebih 750 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang turut menjadi pengguna Twitter.

Pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.

Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.

Ia seperti orang ramai yang tinggal di satu dunia yang bukannya satu dunia sebenar tetapi dunia di mana apa yang penting adalah apa orang ramai fikir tentang anda.

Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri.


p/s : lama kelamaan Facebook akan dilupakan jugak..tunggu masa je...
         

7 comments:

Muhammad Rahman said...

Betul2.. Muka Buku Neyh Mmg Melahirkan manusia yg Pentingkn diri sendiri. adesh.. Nice Artikel.

Budak_NakaL said...

Terase gak ke..heeee~

Muhammad Yazid Rosly said...

Sangat setuju dgn kenyataan ni... :)

Anonymous said...

lepas ni google plus pulak..hehe

paaduu said...

haha..betul2 bro...24 jam dok ngadap fb..

Budak_NakaL said...

paaduu,..ko je ngadap fb 24jam..heee

Anonymous said...

hahaha..betul2..dulu2 myspace, tweter..now ms & tweter dah xgune..gune fb lak..t lame2 ader yg baru..just wish by2 jr la kat fb nie..kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...