Pengenalan laman web Facebook dan  Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri,  kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana  sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata  saintis.
Pendedahan berulang kali kepada  laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis  identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.
Perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.
Keadaan  itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin  memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang  teruk.
Lebih 750 juta orang di seluruh  dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain  pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang  turut menjadi pengguna Twitter.
Pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.
Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.
Ia seperti orang ramai yang tinggal di satu dunia yang bukannya satu dunia sebenar tetapi dunia di mana apa yang penting adalah apa orang ramai fikir tentang anda.
Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri.
p/s : lama kelamaan Facebook akan dilupakan jugak..tunggu masa je...
 


 

7 comments:
Betul2.. Muka Buku Neyh Mmg Melahirkan manusia yg Pentingkn diri sendiri. adesh.. Nice Artikel.
Terase gak ke..heeee~
Sangat setuju dgn kenyataan ni... :)
lepas ni google plus pulak..hehe
haha..betul2 bro...24 jam dok ngadap fb..
paaduu,..ko je ngadap fb 24jam..heee
hahaha..betul2..dulu2 myspace, tweter..now ms & tweter dah xgune..gune fb lak..t lame2 ader yg baru..just wish by2 jr la kat fb nie..kikiki
Post a Comment