Disaat kita mengharungi Ramadhan dan semakin hampir menyambut Hari Raya Aidilfitri, masih ada lg insan yg merintih mengharapkan sedikit bantuan untuk menyambung sisa2 kehidupan.
Disaat kita bergembira Dia sentiasa berduka
Sedang kita ketawa riang Dia menjerit memerlukan pertolongan..
Saat kita bergaya dengan baju raya di badan, kulit dan tulang sebagai pelindung dikala kesejukan.
Ketika kita sibuk mengumpul kekayaan. Dia sibuk mencari sesuap makanan
Ketika kita sibuk mengumpul kekayaan. Dia sibuk mencari sesuap makanan
Sebagai penyambung kehidupan dan melihat masa hadapan.
Rata-rata gembira menyambut Ramadan, beramal ibadat serta menikmati pelbagai jamuan lazat ketika berbuka. Namun pada masa sama, ramai rakan seagama di sesetengah negara diuji iman mereka termasuk dilanda bencana, ancaman peperangan, keganasan serta kebuluran. Di Somalia, rakyatnya menderita, perut kosong akibat kebuluran yang semakin memuncak, dan dilanda pula kepanasan melampau.
Jika dibandingkan dengan negara kita yang aman damai dan cukup segala keperluan, seharusnya kita bersyukur atas nikmat yg diberikan.
Jika kita miskin dan serba kekurangan, ada lg insan yg lebih menderita drpd kita.
Renung2kan..
p/s: Bersyukur atas apa yg diberikan OlehNYA!
3 comments:
thnk...nice info..terharu aku bce...hmm..kesian dorg..smoga Allah hapuskn segala duka dorg dengan cepat supaya dorg dpt rasa kebahagiaan..amin ~~
Amin..~
kesiannye,.alhamdulillah nikmat yg kite ade skang ni..:-)
Post a Comment