Wednesday, 31 August 2011

31 OGOS | MERDEKA BERKUMANDANG LAGI!!!


Assalamualaikum..Salam Lebaran.
Sebut sahaja bulan Ogos, semua orang tahu perkaitannya dengan perkataan  MERDEKA.
Satu ungkapan, satu laungan bersejarah yang senantiasa segar menyinar jauh di lubuk hati setiap insan yang bergelar anak Malaysia. Biarpun bukan semua, tetapi ia tetap menjadi satu sumber inspirasi bagi menjana semangat patriotisme setiap insan.

Keratan Akhbar 1957

Semangat kemerdekaan bukan hanya sekadar menyebut "merdeka" ataupon sekadar mengibarkan bendera. Tetapi, semangat patriotisme ini harus wujud dalam diri kita sebagai rakyat malaysia melalui pengisian kemerdekaan agar keamanan dan perpaduan negara senantiasa terpelihara.

Generasi muda terutamanya perlu menghayati perjuangan para pejuang kemerdekaan sejak bermulanya penjajahan. Semangat perjuangan ini perlu diingatkan kembali agar generasi muda tidak leka dan merasa selesa dengan kenikmatan hasil titik peluh nenek moyang kita.


Tarikh keramat ini pasti diingati!!



Salam Lebaran dan Selamat menyambut  
 Hari    Kemerdekaan!
  Kibarkan Jalur Gemilang!






p/s : Hayatilah erti kemerdekaan itu dengan sedalam-dalamnye..Kekalkan keamanan yg kita kecapi sekarang.. tahun ni dapat duit raye ke dapat bendera??..ahhaaa

2 comments:

Danial Razak said...

Selamat menyambut hari kemerdakaan..

tapi macam hari merdeka dah tenggelam dalam keseronokan menyambut hari lebaran..hrmm..

Ajis said...

Berapa ramai pejuang kemerdekaan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...