|  | 
| sinar harian | 
Berambut panjang dan menutup kepala dengan kain  batik, sebijik macam watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak  Limah Balik Rumah. 
Kak Limah Mengganas Lagii...hahahhaha 
Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga  di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan  dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu  sejak lebih seminggu lalu.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat  merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan  itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga  terbabit.
 
Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian  batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau  sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum  menghilangkan diri.
 Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula  selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke  rumahnya.Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah  pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah  anaknya.
 

 

No comments:
Post a Comment