Friday, 11 November 2011
Saturday, 5 November 2011
AIDILADHA | Mengajar Erti Pengorbanan!
Salam AidilAdha..
Labaikallah humma labaika. Labaikallah syarika laka labaika.
Innalhamda wani’mata. La ka Wamulkalla, syarikala..
Laungan memuji Allah pada setiap kali tibanya musim haji acap kali kita dengar. AidilAdha atau Hari Raya Korban merupakan satu peristiwa yang patut difahami, diamati malah perlu dihayati supaya dapat menyingkap Apakah Maksud AidilAdha..
Adakah AidilAdha Hanya Sekadar Korban binatang? Wang ringgit? Semuanya hanya dari segi material ? Apakah erti pengorbanan yang sebenar pernah anda lakukan?
Aidiladha bukan sekadar kita seronok diberi cuti..bukan sekadar berpeluang dapat jumpa dgn family,mkn daging berhari-hari..tapi ambillah iktibar dari perjuangan Nabi.. hayatilah pengorbanan Siti Hajar yang redha apabila selalu ditinggalkan suami iaitu Nabi Ibrahim kerana pergi berjuang sehingga anakanda mereka, Nabi Ismail diangkat Allah dengan satu mukjizat terpancarnya Air zamzam ketika baginda menangis kehausan dan menghentakkan kakinya ke bumi. Maka terpancutlah air di tanah kering kontang itu.Kita hari ini terus dapat merasai kenikmatan dan keberkatan air zamzam. Pengajaran daripada sejarah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail itu menjadikan kita insan yang banyak bersabar dengan ujian yang menimpa dan bersyukur dengan apa yang Allah tentukan pada kita..
TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN DAN KESABARAN.. Setiap Pengorbanan ada GANJARANNYA..
Indah langit kerana awan...
Indah laut kerana kebiruan....
Indah aidilfitri kerana kemaafan...
Indah aidiladha kerana pengorbanan...
..Selamat hari raya aidiladha..
Friday, 4 November 2011
ISMP | Terbelakah nasib kami nanti!
Assalamualaikum..Salam Suluh Budiman..
Bila berbicara Isu posting..ada je yang jadi xpuas hati. Ape tidaknya apabila kekosongan jawatan guru di sekolah di seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT. "Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasanGSTT, adakah graduan ISMP tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru!
Graduan ISMP seolah-olah di anak tiri. Jika perkara niberlanjutan,
macam mane pula dengan nasib kami yang baru setahun jagung
dalam program ISMP ini.
Graduan ISMP seolah-olah di anak tiri. Jika perkara niberlanjutan,
macam mane pula dengan nasib kami yang baru setahun jagung
dalam program ISMP ini.
Adakah nasib kami juga sama seperti itu?
![]() |
| Terbelakah nasib kami nanti? |
Ekoran daripada itu seluruh mahasiswa mengadakan piket
menuntut HAK ! dan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri(YDP)
yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi.
Antara tuntutan tersebut
1. KAMI MAHASISWA PENDIDIKAN MENUNTUT AGAR KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN PELAJARAN MEMBERI JAMINAN POSTING GRADUAN ISMP YANG TELAH DIBERI KEPADA GSTT DAN DPLI/KPLI.
Antara tuntutan tersebut
1. KAMI MAHASISWA PENDIDIKAN MENUNTUT AGAR KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN PELAJARAN MEMBERI JAMINAN POSTING GRADUAN ISMP YANG TELAH DIBERI KEPADA GSTT DAN DPLI/KPLI.
2. KAMI MAHASISWA PENDIDIKAN MENUNTUT AGAR KEMENTERIAN MENGELUARKAN UNJURAN PENEMPATAN YANG LEBIH TEPAT DAN TELUS AGAR PIHAK UNIVERSITI DAPAT MENYEDIAKAN JUMLAH GRADUAN YANG MENCUKUPI DAN TIDAK LEWAH.
3. KAMI MAHASISWA PENDIDIKAN MENUNTUT AGAR KEMENTERIAN MEMBERI PENGIKTIRAFAN YANG LEBIH KEPADA PEMEGANG IJAZAH PENDIDIKAN BERBANDING YANG LAIN DALAM PROFESION KEGURUAN.
4. KAMI MAHASISWA PENDIDIKAN MENUNTUT AGAR DIADAKAN BAJET KHAS UNTUK PENJAWATAN GURU BARU SERTA MEMPERKEMAS MEKANISME UNJURAN GURU BARU.
5. KAMI MAHASISWA PENDIDIKAN MENUNTUT AGAR MENGHENTIKAN PENGAMBILAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) SEBAGAI GURU TETAP. GSTT SEHARUSNYA MENJADI SOKONGAN, BUKAN PILIHAN UTAMA ATAU PRIORITI. USAHA INI SECARA JELAS MENYUMBANG KEPADA MASALAH GURU TIDAK PROFESIONAL DAN TIDAK BERKUALITI.
6. KAMI MAHASISWA PENDIDIKAN MENUNTUT AGAR KEMENTERIAN TIDAK MENGAMBIL JALAN MUDAH UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENGANGGURAN DENGAN MENAWARKAN PELAN DPLI/KPLI KEPADA LEPASAN IJAZAH BUKAN PENDIDIKAN. USAHA INI DILIHAT SEBAGAI USAHA MEMBUNUH USAHA MELAHIRKAN GURU PROFESIONAL.
Namun pelbagai reaksi dari pelbagai sudut menafikan perjuangan kami.
Graduan UPSI manja melampau-lampau
Graduan UPSI manja melampau-lampau
Kami tidak mengecam mane2 pihak apatah lagi berpolitik disini.
Tapi Kami hanya nak HAK KAMI!
Tapi Kami hanya nak HAK KAMI!
Subscribe to:
Posts (Atom)



