Pra Universiti @ Tingkatan 6  adalah  taraf tertinggi dalam sistem  pendidikan sekolah di negara kita.   Pelajar yang terpilih akan mengikuti  pembelajaran mereka selama dua   tahun dan diakhiri dengan peperiksaan  awam Sijil Tinggi Persekolahan   Malaysia (STPM). Namun demikian, senario masyarakat sekarang yang masih beranggapan bahawa belajar di tingkatan enam   adalah bertaraf rendah dan terpaksa terikat dengan peraturan sekolah .Pandangan serong ini menjadi igauan ngeri   kepada sesetengah pelajar dan  mereka yang terpilih ke tingkatan enam   seolah-olah mengalami perasaan  rendah diri kerana rakan lain layak ke IPT, kolej Matrikulasi, Politeknik,dan sebagainya . Mereka beranggapan pelajar tingkatan  enam terdiri di kalangan mereka yang   tercicir untuk ke IPTA.

Di samping itu, ada sesetengah pelajar beranggapan tempoh dua tahun di tingkatan enam terlalu lama dan mereka perlu benar-benar bersedia sama ada dari segi mental dan emosi untuk menghabiskan pembelajaran. Apatah lagi belajar di tingkatan enam pelajar masih terikat dengan peraturan dan disiplin sekolah sebagaimana pelajar junior lain. Belajar dan berada di bawah satu bumbung yang sama dengan pelajar tingkatan lain meninggalkan ‘rasa terpencil’ dalam sanubari mereka.

 Belajar di tingkatan enam banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan    mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum    Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS.    Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor    utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang. Hal    itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat  pengajian   lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari.

Tingkatan enam adalah landasan terbaik untuk seseorang pelajar ke universiti. Sebenarnya peluang pelajar tingkatan enam melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka berbanding lepasan diploma. Ini kerana lepasan matrikulasi dan diploma tidak secara automatik layak ke universiti jika mereka gagal mencapai merit dan kelulusan ditetapkan.
Ingatlah wahai pelajar pesanan Imam Syafie yang antara lain berkata, “Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti apabila engkau menghadiri suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu.”
Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getir menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kejahilan seumur hidupnya. Demikianlah, betapa pengalaman getir ketika belajar adalah ubat mujarab untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.
Hakikatnya, semua peluang belajar seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan memperkecilkan keupayaan diri sendiri lantaran kita gagal masuk ke pusat matrikulasi. Tiada halangan, hanya peluang. Itulah yang boleh kita katakan mengenai kelebihan pelajar di tingkatan enam.

Sesungguhnya persepsi itu mesti dikikis segera kerana sistem    pembelajaran di tingkatan enam adalah gerbang kedua untuk ke universiti.    Pendapat mengatakan peluang pelajar tingkatan enam untuk melanjutkan    pelajaran ke universiti adalah tipis boleh dipersoalkan. Jika kita    perhatikan syarat kelayakan ke IPTA, kita dapati syarat minimum    kelayakan masuk termasuk mempunyai STPM. Di samping itu, ada beberapa    kelayakan lain yang setaraf dengannya seperti sijil matrikulasi,    diploma, A-Level atau kelayakan lain yang diiktiraf.
Jadi, di sini jelas menunjukkan kedudukan STPM dimiliki pelajar    tingkatan enam diiktiraf kerajaan malahan negara2 lain berbanding sijil Matrikulasi yang hanya diiktiraf di negara ini sahaja. Mungkin tanggapan negatif itu    berpunca daripada kebanyakan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke    pusat matrikulasi. Situasi sebegini menjadi sindrom kepada pelajar  yang   gagal ke matrikulasi untuk menerima kemasukan ke tingkatan enam   lantaran  berasa malu kepada rakan. Inilah fenomena saban tahun pelajar   tingkatan  enam, berasa diri terpinggir dan tercicir.
Di samping itu, ada sesetengah pelajar beranggapan tempoh dua tahun di tingkatan enam terlalu lama dan mereka perlu benar-benar bersedia sama ada dari segi mental dan emosi untuk menghabiskan pembelajaran. Apatah lagi belajar di tingkatan enam pelajar masih terikat dengan peraturan dan disiplin sekolah sebagaimana pelajar junior lain. Belajar dan berada di bawah satu bumbung yang sama dengan pelajar tingkatan lain meninggalkan ‘rasa terpencil’ dalam sanubari mereka.

Sebenarnya keadaan berkenaan tidak timbul langsung jika pelajar    menyedari mereka sebenarnya berada di gerbang universiti. Soal di mana    kita belajar tidak penting.
Yang perlu pelajar fikirkan bagaimana untuk  merangkul kecemerlangan.   Kesedaran dan komitmen menjadi tunjang dalam  menjana kejayaan dalam   mana-mana sistem pembelajaran. Belajar di  mana-mana sebenarnya sama   saja kerana tiada jalan mudah mencapai  kejayaan.
Memang benar kejayaan itu milik semua, tetapi yang berusaha keras  saja   mampu mencapainya. Jika kita meninjau prestasi pencapaian pelajar  STPM   setiap tahun, ia menunjukkan kualiti sangat tinggi dan sentiasa   berlaku  peningkatan dari segi peratusan kelulusan. Hal ini  menggambarkan   pelajar tingkatan enam mampu muncul cemerlang  sebagaimana rakan mereka   di matrikulasi, politeknik atau kolej swasta.
 Belajar di tingkatan enam banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan    mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum    Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS.    Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor    utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang. Hal    itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat  pengajian   lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari.
Belajar di tingkatan enam banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan    mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum    Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS.    Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor    utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang. Hal    itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat  pengajian   lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari.Tingkatan enam adalah landasan terbaik untuk seseorang pelajar ke universiti. Sebenarnya peluang pelajar tingkatan enam melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka berbanding lepasan diploma. Ini kerana lepasan matrikulasi dan diploma tidak secara automatik layak ke universiti jika mereka gagal mencapai merit dan kelulusan ditetapkan.
Perlu diingatkan, pembelajaran tingkatan enam diadakan bukan untuk    menampung pelajar yang gagal ke IPT, sebaliknya sistem pembelajaran    tingkatan enam itu adalah wadah terbaik untuk pelajar mempersiapkan diri    bagi menghadapi cabaran lebih luas yang bakal mereka tempuh di    IPTA/IPTS.
Justeru, selama dua tahun di tingkatan enam membuka ruang dan peluang    kepada pelajar untuk merenung diri dan menilai kemampuan sebenar ke    arah masa depan yang lebih cerah. Halangan dan cabaran di tingkatan enam    adalah jalan mudah ke universiti.
Ini kerana mereka yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam STPM,  laluan   ke universiti amat mudah dan mampu menyesuaikan diri untuk  mengikuti   pembelajaran di universiti. Apa yang penting, pelajar harus  bijak   merancang pembelajaran dan mesti sentiasa bersedia dari awal.  Kepahitan   dan kegetiran pelajar mengharungi masa dua tahun di tingkatan  enam   memerlukan ketabahan dan kecekalan. Tetapi, semuanya adalah lumrah    ketika belajar.
Ingatlah wahai pelajar pesanan Imam Syafie yang antara lain berkata, “Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti apabila engkau menghadiri suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu.”
Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getir menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kejahilan seumur hidupnya. Demikianlah, betapa pengalaman getir ketika belajar adalah ubat mujarab untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.
Sesungguhnya sistem pembelajaran tingkatan enam masih boleh    dipertingkatkan dengan lebih baik. Antaranya ialah mengadakan sistem    kolej seperti pusat matrikulasi. Setiap negeri dibina satu kolej pra-U    untuk menempatkan pelajar tingkatan enam. Ini tentu meninggikan imej    dari segi fizikal dan mampu memantapkan emosi pelajar. Selain itu,    pelajar tingkatan enam seharusnya lebih kerap dibawa melawat sambil    belajar di universiti untuk memberi pendedahan awal kepada mereka    mengenai suasana kampus universiti. Ini tentu merangsang minat pelajar    untuk belajar bersungguh-sungguh.
Di   samping itu, tenaga pendidik ditugaskan di tingkatan enam  hendaklah   dipilih daripada kalangan guru yang berpengalaman luas. Ini  penting   untuk meyakinkan pelajar bahawa mereka berdepan dengan tenaga  pengajar   berkebolehan tinggi yang sekali gus mencambah semangat  meneruskan   pembelajaran.
Hakikatnya, semua peluang belajar seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan memperkecilkan keupayaan diri sendiri lantaran kita gagal masuk ke pusat matrikulasi. Tiada halangan, hanya peluang. Itulah yang boleh kita katakan mengenai kelebihan pelajar di tingkatan enam.
 
3 comments:
like!!
student ting 6 masuk u result gempak kalah budak matrik -_-' . nak masuk ting 6 tp xdapat offer . masuk matrik je laaaa
saya sayang memori form 6 sya...dgn result f6 la sya dpat universiti malaya sekarang....(tggu ari guru tok wish kat cikgu2,,,,)
Post a Comment