Bila  lihat Jepun yg dilanda tsunami dan gempa bumi terasa takut sekali.  Bayangkan keadaan kita apabila berada disana. Sama-sama kita dooakan  agar ada mangsa-mangsa yg terselamat. Banyak hikmah serta persoalan yg  tersirat dan tersurat yg belum terungkai tentang tsunami dan gempa bumi.  Begitu hebat kebesaran & kekuasaan-Nya. Kita hanya seorang hamba.  Daripada-Nya kita hidup dan kepada-Nya juga kita kembali. Syukurlah  Mlaysia tidak pernah mengalami bencana alam yg begitu teruk namun kita  tidak boleh mengambil sikap sambil lewa. Sistem pentadbiran kerajaan  Jepun turut musnah. Gempa bumi yg berskala 8.9 amat kuat sekali dan  tsunami yg terburuk dalam sejarah Jepun. Wilayah utara Jepun paling  teruk dilanda kat Shunshido. Ditambah pula dengan kesukaran untuk pergi  ke kawasan yg terjejas teruk kerana perlu memohon kebenaran dengan  Jepun. Ramai sukarelawan dari seluruh pelusuk dunia menunggu untuk  menhulurkan bantuan tetapi hanya sesetengah pihak saja yg daput masuk.  Tidak terkecuali pihak wartawan Malaysia, tetapi mereka boleh juga masuk  setelah mendapat kebenaran kerana kerjasama daripada pihak kedutaan.  Rata-rata hanya pihak wartawan tempatan sahaja kelihatan di tempat  bencana.
Masyrakat dunia turut bimbang dengan penyebaran serta kesan radiasi yg tersebar akibat loji nuklear bocor & terbakar kat Fukushima. Setiap oarng diperiksa tahap radiasi dalam badan. Kerajaan Malaysia memberitahu rakyat negara ini tidak perlu risau keran makanan yg diimport dari negara matari terbit itu dujamin selamat. Namun langkah berjaga-jaga turut diambil bagi bahan mentah.
 





 

No comments:
Post a Comment