Wednesday, 17 August 2011

WOW | LELAKI NAKAL LEBIH DIMINATI !! BETUL KE CIK POMPUAN??

Sesetengah perempuan tu fikir lelaki nakal lebih menarik berbanding lelaki yang skema atau lurus. Lelaki nakal bukan bermaksud yang suka kacau awek tepi jalan tapi lelaki  yang suka melakukan perkara-perkara membuatkan perempuan tertarik dengan kelakuannya seperti suka buat lawak,manje dan sebagainye. Betol ke cik puan weii..

Sebab lelaki nakal lebih diminati:

1. Lelaki Nakal Lebih Yakin
Keyakinan yang terdapat pada diri mereka membuatkan perempuan tertarik. Mereka tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati perempuan. Tidak seperti lelaki baik, mereka akan teragak-agak untuk mendekati perempuan.

2. Lelaki Nakal Lebih Tahu Berkomunikasi
Mereka sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tidak bosan berbual bersama mereka. Mereka selalu bualkan perkara yang lain dari yang lain bukan seperti pelajaran, politik dan perkara lain yang orang sudah tahu dan agak membosankan. Mereka ada sahaja perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama orang lain.

3. Lelaki Nakal Lebih Suka Cabaran
Semua orang sukakan cabaran dan cabaran mempunyai pelbagai jenis. Lelaki nakal lebih sukakan cabaran yang dapat menunjukkan kehebatan mereka seperti seorang hero atau pahlawan. Perempuan memang sukakan seorang lelaki yang mempunyai sifat hero atau pahlawan ini kerana mereka berpendapat bahawa lelaki seperti ini dapat melindungi mereka yang bersifat lemah.

4. Lelaki Nakal Lebih Romantik
Lelaki nakal ini selalunya mereka mesti pandai bermain alat muzik. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari mereka itu. Mereka juga pandai berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya.

5. Lelaki Nakal Lebih Pandai Bergaya
Kebersihan dan penampilan seseorang adalah amat penting bagi mata perempuan. Lelaki nakal lebih pandai bergaya kerana mereka mahu di lihat seperti hebat dan segak. Sudah tentu perempuan akan tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.

p/s : Mungkin ade jgk yg minat Budak Nakal kot..heeeee 

credit to  OHLEPAK!

10 comments:

PemilikCahaya said...

kalau tengah2 macamana pulak?? dia nakal tapi ada jugak skemanyer..

Budak_NakaL said...

Tnyela cik pompuan..haaa~

cici tembikai said...

trueeee -.-'' masa zaman sekolah dulu sanggup kapel dgn budak kelas hujung sbb mereka lebih nakal2 gtuh . taknak lah couple dgn budak skema nanti borak pasal study je. ohh lagi satu budak nakal ni selalu pandai buat orang gelak =)

chomot yang chomel said...

lelaki nakal lagi protective... :) gila2 idamkan future husband yg pandai buat lawak..xdelah bosan jew nanti :P #gedik sudah!! haaha...

Rosalia said...

ada yg leh di persetuju ada jgk yg x leh..hahah

Budak_NakaL said...

ape yg setuju dan ape yg xleh tu..ce citer ce citer!heeeeee~

rOssAhirA sAa said...

hahahha....kalau popuan nakal?

Budak_NakaL said...

like..heeee~

Cik Ummi said...

hahaha.

tapi kan,mcm comel jek kalau pasangan yg berbeza.

sorang nakal dan sorg mcm pemalu2 gitu..

hahaha.
aku ni nakal sgt..suke kcau2 org..
adakah aku akn dpt lelaki yg pemalu2 gitu? :P

Mrnabil Nvm said...

cm sy la kod..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...