Monday, 5 September 2011

ROAD TO UPSI | Bermulanya episod sebagai Bakal Pendidik!

Pejam celik pejam celik, cuti sekolah,cuti raya dan sebagainya dah sampai ke penghujungnye..
Setelah sekian lama memegang status "Penganggur Terhormat" ,aku berjaya mengharungi fasa pertama dalam dunia perguruan.
Kelas ayat..hahaha

 Kepada bakal2 guru,
Ingatlah,
Mendidik itu tidak semudah MENCETAK,
bukan seperti mesin photostat..hari2 photostat bahan bg kat budak2.
Tetapi didikan itu "seni". Suatu didikan yang berkesan kepada seseorang, tidak semestinya 
akan turut berkesan buat seorang yang lain.

Kita sering dengar, antara cita-cita paling popular bagi kanak-kanak adalah ingin menjadi seorang guru. Mana tidaknya, golongan ini antara golongan yang awal muncul dalam hidup kanak-kanak selepas ibu bapa, Ultraman, Kamen Riders dan Naruto. Dan, ini juga menandakan betapa besarnya peranan golongan guru.

Sedarlah wahai bakal guru sekalian, peranan anda bukan kecil, kerana andalah yang bakal mencorak generasi akan datang.

Bukanlah bermakna ingin lepas tangan dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada guru tetapi ingin menyedarkan bahawa tugas mereka bukanlah ringan seperti yang disangka. Mungkin ada yang nak jadi cikgu sebab boleh cuti lama macam budak sekolah. Tapi perkara tu xleh dinafikan. Aku pon same je..heeeeee

Namun,skop peranan guru tidak boleh dikecilkan kepada mereka yang bergelar guru secara formal. Realitinya, apa yang ada dalam kehidupan kita, adalah "guru", baik kepada kita atau kepada orang lain. Justeru, hakikatnya, setiap daripada kita adalah seorang GURU dan kita perlu memikul beban amanah untuk mendidik mereka yang ada di sekeliling kita.






Saturday, 3 September 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN | Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia !

MISI KEMANUSIAAN SOMALIA

 

Hari ni masuk hari ke-7 misi bantuan kemanusiaan ke somalia.
 Akibat perang sesama sendiri kerana kerakusan kuasa politik telah 
mengakibatkan rakyat Somalia menjadi pelarian dan merempat dibumi sendiri. 

Kelaparan menghantaui mereka saban hari sehinggakan ramai yang mati akibat kebuluran ini.
Rombongan Pasukan sukarelawan Malaysia seramai 45 orang telah  
berangkat ke Somalia bagi menghulurkan bantuan perubatan dan juga makanan 
buat rakyat Somalia yang dilanda kebuluran. 

Namun, malang tak berbau.
niat suci yg digalas oleh sukarelawan telah diuji apabila
Jurukamera BernamaTV maut akibat terkena tembakan peluru 
sesat semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia. Manakala wartawan TV3  
cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru

Al-Fatihah
buat Allahyarham Faizul
(wartawan BernamaTV)



Al Fatihah buat allahyarham.Kepada Allah kita datang, Kepada Allah jua kita pergi.Beliau juga di anggap wira negara serta sanggup mengetepikan seketika urusan keluarga dalam melaksanakan memberi bantuan kepada saudara sesama islam di Somalia.Semoga roh beliau di tempatkan bersama golongan golongan yang sentiasa membantu sesama saudara islam.

Jurukamera TV3
(tercedera)

p/s : mudah2an misi tersebut dapat mengurangkan bebanan yg ditanggung oleh mereka.
Blogger2 pon perlu main peranan dalam hal nie..

Keperihatinan anda sgt dihargai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...