Friday, 30 December 2011

Azam Tahun Baru 2012!




Dua orang sahabat sedang bersembang rambang pasal azam tahun baru.


Budak 1: Apa azam tahun baru kau?
Budak 2: Macam tahun lepas..
Budak 1: Tahun lepas kau mana ada azam
Budak 1: Sebab tu la aku cakap macam tahun lepas
Budak 2: Lol..

Azam tahun lepas pun baki dibawa kehadapan (ayat budak akaun)
                         Tak payah nak ber"azam" sangatlah. Nak berubah, berubah je terus.


                                                 Tak perlu tunggu tahun baru..

                                                             Peace 2012~

Wednesday, 28 December 2011

Tips Menempuh FINAL EXAM!

 


Memandangkan saya pun belajar seperti anda jadi semua tips ni adalah sekadar untuk menambahkan mana yang terkurang di dalam persediaan mengambil peperiksaan.


DEMAM EXAM?
Adakah anda rasa anda akan demam apabila hari exam menjelma?adakah batin anda sudah cukup tegar untuk masuk ke dewan peperiksaan?ataupun anda rasa kaki anda tiba- tiba bertukar menjadi kaki unta?Atau pun anda masih rasa terlalu banyak ilmu nak dicedok sampaikan semua nya menjadi kosong?


Dalam menghadapi peperiksaan, apa yang paling penting ialah pengurusan masa dan komitmen. Kenapa masa dan komitmen? Dalam kehidupan seorang pelajar, kalau setiap masa anda cuma dihabiskan tercongok depan tv, berMUKA BUKU je 24 jam ,berOMBAK RINDU di panggung wayang, buku entah ke mana, rasa-rasa nya adakah anda pelajar cemerlang gemilang dan terbilang tak? Atau temberang semata-mata.Tentulah yaaa tidak..!!!


Kalau boleh untuk sebulan sebelum peperiksaan mereka yang malas sila laa jadikan buku anda tu macam cinta sejati anda. Bukan apa, tak rugi pun anda bercinta dengan buku. Paling tak pun kalau rasa susah sangat nak bercinta dengan buku, anda bayangkan jer buku tu ibarat majalah Maskulin, FHM, Playboy ker? Kalau masih tak boleh nak masuk jugak dalam kepala, saya cadangkan anda amik jer mana-mana picture 18sx, hah tampal jer dalam setiap page buku tu. Tapi kena la tahu macam mana nak arrange antara gambar dengan apa yang kita nak dari buku tu. 
Konfem akan bace buku hari2 ni..
Hahahahahaa..

Ramai di antara kita selalu mendengar ungkapan ‘study smart’ bukan? ‘Smart ahh demo’.. heh! Smart disini ialah anda tak perlu nak perah otak sampai kepala botak. Apa yang anda perlu buat ialah sentiasa pastikan membuat  nota kecil. Lepas tu, selalu update nota tu dan faham apa yang ditulis.

Sebelum ke dewan peperiksaan jangan lupa bawa pen, kalkulator saintifik, dan yang penting sekali TOYOL. Anda seru jer sampai 10x, muncul la tu toyol. heh!

Tahukah anda 90% kejayaan golongan-golongan membawa TOYOL dalam peperiksaan bergantung kepada tempat duduk. So, cari port yang baik punya.

Port paling strategik kepada golongan percayakan TOYOL ini ialah dibahagian belakang tepi dinding. Tapi pasrah dan redha jerlaa sekiranya TOYOL anda tidak dapat membantu anda. 
Kalu membantu pon mungkin anda pulak yang tertangkap..hahahahha
Semoga tips2 ini membantu anda!


Risiko tanggung sendiri yea kalau anda ikut tips
yang saya berikan ini.

Selamat Ber Exam Semua !!!

Peace!
Heeeeeeeeeee..


Filem Seram Lahirkan Masyarakat Yang PENAKUT?


Akhir-akhir ini penggiat seni tanah air lebih cenderung dalam menjadikan medium seram  sebagai platform utama untuk melariskan cerita dan filem khususnya. Di barat, filem diangkat lebih daripada sekadar hiburan. Ia juga adalah medan bereksperimen terhadap daya kreativiti dan imaginasi, serta turut menjadi medan propaganda terhadap idea tertentu yang mahu diterapkan dalam pemikiran masyarakat. Berbalik kepada filem dan drama tempatan, cabaran besar yang berlaku ialah apabila genre seram yang dihasilkan tanpa usur kajian yang kukuh.

Biar pun filem seram yang berjaya kebelakangan ini didakwa sebagai hasil kajian, ia menampakkan nilai 'superficial' yang lebih bersifat mengutip cerita tanpa analisis. Justeru itu, ia sukar mencapai kualiti sebenar,apatah lagi untuk membawa unsur yang boleh mendidik dan merangsang fikiran penonton.

Jika filem seram dari Barat boleh mendatangkan unsur seram tanpa perlu menunjukkan imej hantu, hanyalah sekadar kelibat atau sebagainya,  filem kita berhempas pulas menyolek pelakonnya agar menjadi hantu yang menyeramkan. Hasilnya, bukan seram tetapi kritikan dan tohmahan dilemparkan oleh penonton. Bukan ingin mengkritik filem tempatan secara total, tetapi hanya inginkan perubahan terhadap penyampaian sesuatu filem itu.

Malah untuk mengukuhkan hubungkait agama dengan fenomena mistik, penyiaran filem seram dilonggokkan pada hari Khamis malam Jumaat, dan ditenggelamkan lagi dengan ketahyulan 
konotasi bahawa "Malam Jumaat ade Hantu".

Secara jelas disini, filem-filem yang bergenre seram ini tidak sepatutnya disiar dengan meluas dalam industri hiburan tanah air kita. Suka dinyatakan di sini bahawa, filem tahyul ini tidak memberikan faedah kepada masyarakat dan seolah-olah melatih masyarakaat menjadi individu yang PENAKUT!

Industri perfileman sewajarnya mempunyai anjakan paradigma dan bukan sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata. Ini akan memberi satu kesan yang besar kepada pemikiran masyarakat.!


Monday, 26 December 2011

SERAM | HANTU KAK LIMAH MENGGANAS LAGI!

sinar harian
Berambut panjang dan menutup kepala dengan kain batik, sebijik macam watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kak Limah Mengganas Lagii...hahahhaha

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...