1.Tikus
Makanan orang-orang Vietnam dan Taiwan sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin dan merawat asthma.
2.Kopi Luwak(Kopi najis Musang)
Ini bukan kopi biasa tau tapi Kopi Luwak(Kopi najis Musang) di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi dari najis Musang ini boleh mahal oooo RM332 per 450 gram.gila……..Eiii… gelinyaaaa…..
3.Sup Hasma
Ini pula dari ovari ( Tiub Fallopian katak jenis ‘Wadam’. )sup ovari dipercayai dapat menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit.macam2 jenis manusia didunia ini..
Bagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..
5.Serangga
Tak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negara
Thailand dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana. Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklah
lipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba? Aku tak berani.. Huhu..
6.Semut
Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.