Saturday, 30 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK |1432H


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan
berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
 ~Harapan RAMADHAN~


 

Friday, 29 July 2011

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 | TETAP BANGGA WALAUPUN TEWAS


23 juta rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi terhadap generasi emas ini untuk mencipta kejutan mara ke Peringkat Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia. Namun itu hanya tinggal impian. Skuad ‘celup’ Singapura berjaya mempertahankan kelebihan jaringan mereka semalam dengan cara yang penuh ‘jijik’. Memalukan, apabila setiap kali jatuh pemain mereka seolah-olah mengelupur macam nak mati. Apabila diberi rawatan, terpaksa pula diusung keluar. Sampai saja kat luar boleh pulak bangun macam takde apa-apa yang berlaku.

Permainan Singapore tidaklah sehebat yang kita bayangkan. Cuma bergantung kepada pemain ‘celup’ mereka semata. Apa yang nak dibanggakan? Jika dengan kekuatan pemain ‘celup’ ini, negara lain pon boleh buat jugak. Contohnya macam Laos, Kemboja dan pasukan kerdil lain. Taburkan saja wang, dah boleh dapat pemain celup. Terus saja mempertaruhkan pemain ‘celup’ tadi untuk bermain, tidak menjadi? Halau keluar, ambil pula pemain baru. Itukah bolasepak Singapura? Jika Singapura mengatakan rakyat mereka terlalu terhad untuk dibuat pemilihan, bagaimana pula dengan Indonesia yang rakyatnya beratus juta orang tu? Sama saja, mereka tidak yakin pada kebolehan sendiri dan terlalu percayakan pemain ‘celup’ untuk berikan kejayaan segera buat mereka.

Kejayaan yang sukar untuk dibanggakan jika Malaysia juga mengamalkan prinsip pemain ‘celup’ nih. Biarlah apa mereka nak lakukan, yang penting pemain bolasepak kita 
MADE IN MALAYSIA

Teruskan Sokongan padu kepada pasukan negara kita.

 
credit to ULTRAS MALAYA

Tuesday, 26 July 2011

TERBARU | Gambar Duit Syiling Baru MALAYSIA 2012

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.   









Monday, 25 July 2011

Kalau LIGHT SABER menggantikan RAKET

Bayangkan keadaannya seperti video ini.. Mesti bising dalam stadium tu dengan bunyi light saber tu kan?? ! HAHAHAHA!!

 

 







Thursday, 21 July 2011

Live Streaming | Malaysia vs Chelsea 21 Julai




Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Chelsea akan berlangsung pada 21 Julai ini, bermula pada jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Siaran langsung perlawanan ini masih belum diputuskan oleh pihak Astro sama ada akan mengadakan siaran langsung Malaysia vs Chelsea 21 julai 2011 di astro arena atau tidak. Jika dilihat dari perlawanan Malaysia vs Liverpool tempoh hari, ia memerlukan sehingga saat terakhir sebelum pihak Astro mengumumkan siaran langsung di Astro Arena perlawanan tersebut. Jadi apakah ini juga akan berlaku untuk siaran langsung Astro Arena Chelsea lawan Malaysia 21 julai 2011 ini, disaat terakhir juga..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...