Wednesday, 31 August 2011
HaHA! AKU DAPAT DUIT RAYA!
Hari nie dah masuk hari kedua Hari Raya Aidilfitri iaitu disambut sekali
dalam setahun oleh penduduk bumi bg yg beragama islam.
Rasenye xsalah kalau "wish" raya hari2 kan.
Rasenye xsalah kalau "wish" raya hari2 kan.
Semakin di"wish" semakin rapat rasenye hubungan
yg terbina selama ini.kan2.
Dan tangan ni masih lagi "aktif" dan semakin laju dihulur ketikamencapai duit raya.
Aku masih budak2, mestilah dapat.
Memangla tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah..Tapi tangan yg
dibawah ni la yg selalu menjana "cash" di hari raya. hahaa.
Baru raya kedua dah penuh poket. Kalau cukup sebulan boleh la beli evo..broo0omm..
hahaaa..
Jadi,
Selamat hari raya
dan
Salam Merdeka
Selamat hari raya
dan
Salam Merdeka
p/s : Janalah "pendapatan" di hari raya..haaahaaa
31 OGOS | MERDEKA BERKUMANDANG LAGI!!!
Assalamualaikum..Salam Lebaran.
Sebut sahaja bulan Ogos, semua orang tahu perkaitannya dengan perkataan MERDEKA.
Satu ungkapan, satu laungan bersejarah yang senantiasa segar menyinar jauh di lubuk hati setiap insan yang bergelar anak Malaysia. Biarpun bukan semua, tetapi ia tetap menjadi satu sumber inspirasi bagi menjana semangat patriotisme setiap insan.
Satu ungkapan, satu laungan bersejarah yang senantiasa segar menyinar jauh di lubuk hati setiap insan yang bergelar anak Malaysia. Biarpun bukan semua, tetapi ia tetap menjadi satu sumber inspirasi bagi menjana semangat patriotisme setiap insan.
![]() |
| Keratan Akhbar 1957 |
Semangat kemerdekaan bukan hanya sekadar menyebut "merdeka" ataupon sekadar mengibarkan bendera. Tetapi, semangat patriotisme ini harus wujud dalam diri kita sebagai rakyat malaysia melalui pengisian kemerdekaan agar keamanan dan perpaduan negara senantiasa terpelihara.
Generasi muda terutamanya perlu menghayati perjuangan para pejuang kemerdekaan sejak bermulanya penjajahan. Semangat perjuangan ini perlu diingatkan kembali agar generasi muda tidak leka dan merasa selesa dengan kenikmatan hasil titik peluh nenek moyang kita.
Tarikh keramat ini pasti diingati!!
Kibarkan Jalur Gemilang!
p/s : Hayatilah erti kemerdekaan itu dengan sedalam-dalamnye..Kekalkan keamanan yg kita kecapi sekarang.. tahun ni dapat duit raye ke dapat bendera??..ahhaaa
Monday, 29 August 2011
Yaho0o! Es0k Raya!!
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,
dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri
seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari selasa, 30 Ogos 2011."
Pejam celik pejam celik,
Hari nie "last" kita berpuasa
esok dah nak raya,
esok dah nak raya,
Makin dipejam makin dicelik,
Makin banyak pulak salah dan dosa..
Sementara masih celik banyak2lah buat pahala
sebelun pejam tak celik2.
Semoga kita semua beroleh keberkatan
di lebaran yg mulia.
Adakalanya Mata terlepas pandang
Telinga alpa mendengar
Lidah terlanjur kata tersilap bahasa bila berbicara
Hati tersalah menduga
Itulah manusia tiada yang sempurna
SALAM AIDILFITRI
Salam Lebaran | Maaf Zahir & Batin
dari
Syapik & Keluarga
p/s : jemput sume dtg rumah! boleh duit$$$$ raye..ahaaa
Sunday, 28 August 2011
HARI RAYA + HARI MERDEKA = ?
Hari Raya + Hari merdeka = masuk hospital sebab
main bunga api dan mercon !
hahaha..
Dalam kemeriahan kita menyambut kedatangan Aidilfitri, sambutan
Hari Kemerdekaan
tetap bersemarak dengan kibaran Jalur Gemilang.
Pertembungan sambutan buat pertama kali bukan sahaja
memeriahkan suasana sambutan Hari Raya malah turut memantapkan lagi
semangat patriotik di kalangan rakyat malaysia.
Sempena hari yang mulia ini syapik ingin mengambil kesempatan memohon
ampun dan maaf segala salah silap andai tersilap cakap ,tersepak
dan terterajang tanpa sengaja .
Semoga kita semua mendapat keberkatan
di hari yang mulia.
SALAM AIDILFITRI
SALAM LEBARAN | MAAF ZAHIR DAN BATIN
&
SELAMAT MENYAMBUT HARI
KEMERDEKAAN KE-54
Friday, 26 August 2011
HaH! RAYA TAK JADI?BIAR BETOL!!
RAYA TAK JADI merupakan filem yang bakal menemui penonton di pawagam pada
15 September 2011
Filem yang diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen ini berkonsepkan komedi.
Video Jalaludin Hassan jadi Penyimpan Mohor Besar Raja raja
(Pengumuman Raya Tak Jadi)
Sinopsis
Bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.
Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangka telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu.
Tiba-tiba mayat yang disangka telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.
Tiba-tiba mayat yang disangka telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.
Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan.
Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.
p/s : Selamat Hari Raya ..Maaf zahir batin!
Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.
p/s : Selamat Hari Raya ..Maaf zahir batin!
Wednesday, 24 August 2011
Tuesday, 23 August 2011
NOSTALGIA | IKLAN RAYA AIDILFITRI YASMIN AHMAD
Bila hampir Hari Raya Aidilfitri , iklan Hari Raya arahan Yasmin Ahmad pasti ditunggu-tunggu.Iklannya penuh dengan mesej yg tersendiri..
Iklan Raya Petronas 2001 : Ombak Jahat
Sewaktu kita bersenang2, jangan lupa kepada mereka yang
berada dalam kesusahan.
berada dalam kesusahan.
Iklan Raya Petronas 2002 & 2003 : Janda Beranak 7
Jangan hampakan hati mak kita yang bersusah payah jaga kita.
Iklan Raya Petronas 2004 : Pengayuh Beca
Pakcik ni menyimpan kedukaan dan kesedihan dia sendiri, tak mahu orang tahu
kerinduan yang dia simpan selama ini.
kerinduan yang dia simpan selama ini.
Pengajaran: Pulanglah ke kampung merayakan bersama ibu bapa.
Iklan Raya Petronas 2005 : Sharifah Amani dan Iqram Dinzly
Berbuatlah sesuatu perkara dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan.
Iklan Raya Petronas 2006 : Aku Ingin Pulang
Bila berdaya disanjung, tapi bila dah tua, dilayan seperti orang lain.
Seorang ayah/ibu boleh menjaga ramai anak, tapi sepuluh anak, belum tentu boleh jaga
seorang ayah/ibu.
Iklan Raya Petronas 2007 : Burung Murai
Burung apa tu nak? ……. Burung Murai…
Burung apa tu nak? ……. Burung Murai…
Burung apa tu nak? ……. Burung Murai…
Pengajaran : Masa kecil, kita dilayan dan ditatang bagai minyak yang penuh,
setiap soalan dijawab tanpa jemu. Tapi bila tiba giliran kita, kenapa kita tak boleh
jadi seperti mereka? Kenapa mesti cepat marah dan jemu?
setiap soalan dijawab tanpa jemu. Tapi bila tiba giliran kita, kenapa kita tak boleh
jadi seperti mereka? Kenapa mesti cepat marah dan jemu?
Iklan Raya Petronas 2008 : Mak Ok…
Pengajaran : Kadang kita lupa, lebihkan hal lain daripada ibubapa kita tapi mereka sanggup
mendahulukan kita daripada hal lain.
mendahulukan kita daripada hal lain.
Iklan Raya Petronas 2009 : Aku Ingin Pulang (reuse)
Iklan tahun 2009 tak salah aku guna balik iklan yang tahun 2006, sebabnya kan tahun 2009 lah Allahyarham Yasmin Ahmad pergi.
Iklan Raya Petronas 2010 : Antara Dua Kampung
Kisah sepasang suami isteri yang dalam krisis nak pulang beraya di kampung suami ataupun isteri. Akhirnya, suami mendapat idea bernas.
IKLAN PETRONAS (RAYA MERDEKA) 2011: TANGAN INI
TEKNOLOGI | Elak Wi-fi diguna orang lain!
BAGAIMANAKAH cara untuk melindungi sambungan Internet Wi-fi di rumah daripada digunakan oleh orang lain yang tidak sepatutnya?
Pertama,
Pastikan modem router yang anda gunakan mempunyai kata laluan. Perlu ditukar kata laluan sedia ada atau default yang disetkan pada modem router seperti admin, 12345 atau apa-apa sahaja kepada kata laluan yang lebih selamat.Ia akan menyukarkan untuk sesiapa sahaja meneka dan memecah masuk kata laluan tersebut. Kalau perlu naik taraf kepada modem router yang lebih baik lagi.
Kedua,
Setkan pada modem router anda untuk nyahkan fungsi Broadcast SSID. SSID (Service Set Identifier) merupakan perimeter bagi nama rangkaian anda dalam persekitaran rangkaian tanpa wayar.
Dengan ini, nama SSID tersebut disembunyikan daripada diketahui dan dicapai oleh pihak lain menerusi rangkaian tanpa wayar.
Ketiga,
Laksanakan fungsi enkripsi kepada rangkaian tanpa wayar anda.
Terdapat banyak fungsi enkripsi yang disediakan untuk rangkaian tanpa wayar ini seperti WEP (Wired Equivalent Privacy), WPA (Wi-fi Protected Access) dan WPA2. Penggunaan fungsi enkripsi WPA2 dengan teknik enkripsi AES (Advanced Encryption Standard) di cadangkan untuk talian tanpa wayar anda. Elak daripada menggunakan teknik enkripsi WEP kerana terdapat banyak program untuk menggodamnya dan ia mudah untuk digodam.
Keempat,
hadkan capaian rangkaian tanpa wayar kepada alamat-alamat MAC tertentu sahaja seperti alamat MAC yang terdapat pada komputer anda.
Alamat MAC merupakan alamat fizikal bagi antara muka kad rangkaian yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ia boleh dicapai dalam Windows dengan menaip perkataan ipconfig /all dalam program Command Prompt.
Kelima,
seperti biasa sentiasa kemaskini sistem pengoperasian yang digunakan seperti Windows atau Linux, perisian anti virus dan perisian keselamatan yang lain seperti perisian Personal Firewall dan lain-lain. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan baik dan menjalankan fungsi keselamatannya.
Elakkan daripada menggunakan rangkaian tanpa wayar anda secara terbuka kerana ia boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menggunakan Internet menerusinya. Antara masalah yang timbul adalah ia akan menyebabkan capaian Internet anda menjadi perlahan. Ini kerana berkemungkinan ramai yang mencapai dan menggunakan rangkaian tersebut. Dengan itu, kadar capaian jalur lebar rangkaian anda akan dibahagi-bahagikan mengikut jumlah pengguna.
Seterusnya,
Rangkaian tanpa wayar secara terbuka ini juga boleh mengundang seseorang menggunakan talian Internet anda untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak baik seperti perbuatan jenayah, fitnah, provokasi, penggodaman, melanggar undang-undang negara dan lain-lain. Jadi, berhati-hatilah.
Monday, 22 August 2011
W0W |1 JUTA TRAFIK SEBULAN DENGAN BLOGWALK !!
Redlomo telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu Blog Walk.Perkhidmatan ini memberi peluang anda menyertai pengkalan data blog dan membolehkan anda melayari blog dengan mudah. Tujuan utama perkhidmatan ini memberi kemudahan anda menaikan traffik diblog anda. Kalau sebelum ini blog anda hanya ada 100 pengunjung setiap hari , mungkin lepas mengunakan perkhidmatan yang redlomo bangunakan ini anda mampu menjana hits sampai 1000 pengunjung.
Apa yang perlu anda buat adalah mudah.
1. Daftar secara percuma tiada bayaran dikenakan
2. Daftar blog anda ke pengkalan data
3. Melayari blog yang berada didalam pengkalan data untuk kumpulan kredit bagi memboleh
blog anda dilihat oleh ahli yang lain
blog anda dilihat oleh ahli yang lain
4. Promosi kepada rakan - rakan anda untuk mendaftar perkhidmatan ini .
Anda diberi 100 kredit tambahan bagi setiap rakan anda yang daftar.
Apa yang kepentingan kredit dalam perkhidmatan ini, kredit ini ditukarkan kepada bilangan pengunjung anda.
Contoh:
Semasa daftar anda memperolehi 100 kredit
Anda melayari blog yang lain anda akan dapat 1 kredit bagi setiap blog kalau sehari anda layari 100 blog anda akan dapat 100 kredit tambahan
Anda mengajak kawan anda untuk menyertai sama BlogWalk anda akan mendapat 100 kredit tambahan. Jika anda mempunyai 10 kawan daftar bermakna anda mempunyai 1000 kredit tambahan
Kalau sehari anda dapat mengumpul 1000 kredit bermana anda akan memperolehi 1000 pengunjug ke blog anda. Mudah kan.. dan yang pasti PERCUMA, jadi orang yang terawal mendaftar untuk lebih banyak kredit tambahan
sumber redlomo.
UPDATED !!!
jom join!
Saturday, 20 August 2011
RAMADHAN | Antara Azab dan Nikmat!
Disaat kita mengharungi Ramadhan dan semakin hampir menyambut Hari Raya Aidilfitri, masih ada lg insan yg merintih mengharapkan sedikit bantuan untuk menyambung sisa2 kehidupan.
Disaat kita bergembira Dia sentiasa berduka
Sedang kita ketawa riang Dia menjerit memerlukan pertolongan..
Saat kita bergaya dengan baju raya di badan, kulit dan tulang sebagai pelindung dikala kesejukan.
Ketika kita sibuk mengumpul kekayaan. Dia sibuk mencari sesuap makanan
Ketika kita sibuk mengumpul kekayaan. Dia sibuk mencari sesuap makanan
Sebagai penyambung kehidupan dan melihat masa hadapan.

Rata-rata gembira menyambut Ramadan, beramal ibadat serta menikmati pelbagai jamuan lazat ketika berbuka. Namun pada masa sama, ramai rakan seagama di sesetengah negara diuji iman mereka termasuk dilanda bencana, ancaman peperangan, keganasan serta kebuluran. Di Somalia, rakyatnya menderita, perut kosong akibat kebuluran yang semakin memuncak, dan dilanda pula kepanasan melampau.

Jika dibandingkan dengan negara kita yang aman damai dan cukup segala keperluan, seharusnya kita bersyukur atas nikmat yg diberikan.
Jika kita miskin dan serba kekurangan, ada lg insan yg lebih menderita drpd kita.
Renung2kan..
p/s: Bersyukur atas apa yg diberikan OlehNYA!
Friday, 19 August 2011
WOW | HIAS BLOG DAPAT WANG TUNAI DARI UTUSAN!!
Utusan Malaysia telah menganjurkan kempen hias web/blog sempena bulan kemerdekaan ini.
"Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.
Anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.
Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.
Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.
Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
Anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.
Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.
Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.
Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang
Syarat penyertaan:
1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.
2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.
3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.
4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)
5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.
7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.
8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.
9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.
10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan.
11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.
12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Untuk maklumat lanjut klik Utusan Malaysia!!
Wednesday, 17 August 2011
PENTING | LANGKAH KESELAMATAN KETIKA BALIK RAYE!!
1) Cat rumah biar nampak sebijik cam warna balai polis. pncuri kan anti balai polis...
2)Bagi umah teres, bela lalang bia sampai leher. pas2 letak perabot2 rosak kat luar rumah bagi nampak cam rumah hantu ckit...Hihihihi..
3)Lagi bag0s kalau bela haiwan berbisa cam ular tedung,anaconda,rimau,singa dan ikan josh keliling umah....
4)Letak notis, RUMAH UNTUK DIJUAL. Komfem pencuri malas sikit nk masuk rumah kosong2 ni.
5)Dan pindah terus kat kampong baru selamat..
Heheeee...
Keselamatan rumah anda adalah tanggungjawab anda. Pelbagai langkah boleh diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah
Ce ikut tips2 kat bawah ni..
Ikuti tips-tips berikut:
- Berfikir macam pencuri. Ini menjadikan anda lebih kreatif dalam meningkatkan keselamatan rumah.
- Jangan lupa kunci pintu rumah anda.
- Kunci tingkap anda juga.
- Jika anda berpindah ke rumah yang pernah diduduki, tukar kunci asal.
- Bila anda tiada di rumah, pasangkan lampu, tv atau radio. Gunakan suis automatik untuk aktifkannnya.
- Tutup tirai terutama pada malam hari.
- Lapor kepada polis jika ada perkara yang mencurigakan di sekitar perumahan anda.
- Pasangkan lampu keselamatan di laman rumah.
- Pasangkan alarm sistem.
- Tukarkan kunci, jika anda kehilangan anak kunci.
- Jangan tinggalkan kunci pendua di luar rumah.
- Maklumkan pada jiran ketika ketiadaan anda di rumah.
WOW | LELAKI NAKAL LEBIH DIMINATI !! BETUL KE CIK POMPUAN??
Sesetengah perempuan tu fikir lelaki nakal lebih menarik berbanding lelaki yang skema atau lurus. Lelaki nakal bukan bermaksud yang suka kacau awek tepi jalan tapi lelaki yang suka melakukan perkara-perkara membuatkan perempuan tertarik dengan kelakuannya seperti suka buat lawak,manje dan sebagainye. Betol ke cik puan weii..
Sebab lelaki nakal lebih diminati:
1. Lelaki Nakal Lebih Yakin
Keyakinan yang terdapat pada diri mereka membuatkan perempuan tertarik. Mereka tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati perempuan. Tidak seperti lelaki baik, mereka akan teragak-agak untuk mendekati perempuan.
2. Lelaki Nakal Lebih Tahu Berkomunikasi
Mereka sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tidak bosan berbual bersama mereka. Mereka selalu bualkan perkara yang lain dari yang lain bukan seperti pelajaran, politik dan perkara lain yang orang sudah tahu dan agak membosankan. Mereka ada sahaja perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama orang lain.
3. Lelaki Nakal Lebih Suka Cabaran
Semua orang sukakan cabaran dan cabaran mempunyai pelbagai jenis. Lelaki nakal lebih sukakan cabaran yang dapat menunjukkan kehebatan mereka seperti seorang hero atau pahlawan. Perempuan memang sukakan seorang lelaki yang mempunyai sifat hero atau pahlawan ini kerana mereka berpendapat bahawa lelaki seperti ini dapat melindungi mereka yang bersifat lemah.
4. Lelaki Nakal Lebih Romantik
Lelaki nakal ini selalunya mereka mesti pandai bermain alat muzik. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari mereka itu. Mereka juga pandai berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya.
5. Lelaki Nakal Lebih Pandai Bergaya
Kebersihan dan penampilan seseorang adalah amat penting bagi mata perempuan. Lelaki nakal lebih pandai bergaya kerana mereka mahu di lihat seperti hebat dan segak. Sudah tentu perempuan akan tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.
Monday, 15 August 2011
18SG | LAGI-LAGI BUNYI MERCUN!!
Bile start pose jer..bunyi mercun mula meriuhkan malam2 hari dh jd macam pesta pulak..tu baru start pose..xmasuk raye lg..kecik besar tua muda xterkecuali beraksi..yang fanatiknye siap buat stok lg kt rmh..meletop rumah tu baru die tahu.
Kadang2 bes jugak main mercun.baling sane..baling sini..B0omm! sane,Bo0mm! sini..kalaulah xde mercun..konfem sunyi jer mlm..xde "feel" raye laa.
Tapi harus kita ingat..Tragedi akibat mercun semakin menjadi2 sekarang..Tp kes2 camni muncul bile HARI RAYA je kan. Deepavali ke Tahun Baru Cina ke x de lah dengar kes2 camni.. mungkin org melayu ni terlalu taksub dgn mercun ni. mereka sepatutnye isi malam mereka dengan ibadah sunat cam solat sunat tarawih... BUKAN MAIN MERCUN... heee..aku pon ponteng gak traweh malam nie..tp ade gak yang maen lepas solat tarawih.. macam mane plak tu??
Kene kejor kt pak iman la jwbnye..hee
Di mana silapnya? Adakah benda sebegini yang lazimnya berlaku ketika menjelang musim perayaan langsung x menjadi peringatan dan pengajaran kepada kita sebagai anggota masyarakat dan yang lainnya untuk menjauhi mercun atau setidak-tidaknya xpayahla beli mercun tu..
Tragedi-tragedi akibat mercun..


p/s : Jadi xpayahla duk bakor benda tu sume..Simpan je duit buat bli bju raye..
Anda mampu mengubahnye!
JIJIK | MINUM AIR MAYAT UNTUK HILANGKAN KETAGIHAN DADAH!!
Agak menggelikan jgk bile terbaca Harian Metro pagi nie..
"TEGUK AIR MAYAT"..Dengar tajuk pon dh rase loya nk muntah kan.Hehehe.
"TEGUK AIR MAYAT"..Dengar tajuk pon dh rase loya nk muntah kan.Hehehe.
Sbr..nanti batal lak pose tuu..
Benda yg kotor dan jijik tu boleh diminum angkara terlalu taksub dengan kepercayaan karut tahyul mahyul tu sume.Nak duk dekat mayat pon takut apatah lg nk buat benda tu.Ada sape2 nk try?..heee
bace berita selanjutnye kt sini..
p/s : Niat nk berubat tu dh betol tapi cara tu xberape nk betol..Ni bukan sembuh penyakit tp salah satu cara tambah penyakit.Ade sape2 dh try ke..kongsi2 la info..heee
Subscribe to:
Posts (Atom)




















